Wednesday, January 18, 2012

Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina berasal dari perkataan Xin Nian. Di mana, Xin bermaksud baru dan Nian pula membawa maksud tahun. Kebiasaannya, permulaan perayaan Tahun Baru Cina bermula apabila tibanya musim luruh atau Spring. Sebab itu, Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai Spring Festival. Tarikh sebenar perayaan ini adalah pada bulan baru kedua selepas musim sejuk.

Tahun Baru Cina amat penting bagi kaum Cina, kerana ia adalah titik permulaan dalam nasib dan kehidupan mengikut kepercayaan mereka. Mengikut kepercayaan kaum Cina, mercun dibakar pada tengah malam bagi menghalau puaka atau nasib malang dan rumah dihiasi dengan pelbagai hiasan pokok dan buah limau yang merupakan simbol atau lambang murah rezeki.  Tahun Baru Cina akan disambut pada malam bulan baru yang akan diteruskan dengan sambutan Pesta Tanglung pada 15 hari kemudian.

Tahun Baru Cina Lunar adalah kronologi rekod paling lama dalam sejarah, iaitu pada 2600BC, apabila Maharaja Huang Ti mula memperkenalkan kitaran pertama Zodiak. Tahun Baru Cina juga dinamakan mengikut nama-nama haiwan. 

Seperti kalendar barat, Kalendar Lunar Cina juga mengambil masa satu tahun berdasarkan kitaran bulan. Dengan itu, sambutan Tahun Baru Cina akan disambut diantara bulan Januari dan pertengahan Februari mengikut satu kitaran lengkap.

Kong Xee Kong Xee

Salam 1Malaysia semua..

Blog yang diberi nama Kong Xee Kong Xee adalah sebuah blog yang akan memaparkan pelbagai coretan dan maklumat, termasuk juga dunia hiburan dan berita-berita sensasi. Kong Xee Kong Xee bermaksud kongsi-kongsi, iaitu berkongsi-kongsi maklumat atau apa jua pengetahuan dan pengalaman.

Kepada semua pembaca, diharapkan anda semua akan terus terhibur dengan apa yang dihidangkan di Kong Xee Kong Xee. Sebarang komen atau apa jua pandangan amatlah digalakkan bagi menaikkan lagi mutu persembahan coretan dari masa ke semasa. Namun, ia bukanlah satu paksaan bagi anda.

Sekian, Terima Kasih.                         


فيزيعبد الصمد