Wednesday, January 25, 2012

Winnie K jadi duta pakaian dalam

Winnie K atau nama sebenarnya Kok Mui Kuan telah terpilih menjadi duta pakaian dalam wanita, ELV yang diasaskan di Jepun. Beliau menyatakan telah 2 tahun bersama ELV. Menurutnya, pakaian dalam tersebut bukan sekadar untuk kecantikan tetapi mempunyai daya menjaga kesihatan.

Winnie K menyatakan beliau tidak rasa kekok untuk mendedahkan tubuh untuk menggayakan jenama pakaian dalam tersebut, disamping mendapat sokongan oleh ibunya sendiri.

Beliau yang gemar melancong mengharapkan tuah akan bertemu dengan Mr. Right pada tahun Naga ini. Beliau yang popular dengan lagu Kau Ada Di Mana itu, amat mengharapkan impiannya menjadi kenyataan pada tahun ini. Kenyataan itu didedahkan baru-baru ini dalam pertemuan sempena menyambut Tahun Baru Cina oleh pihak media massa.