Anda tentu telah biasa mendengar perkataan 'Google' kan? Ya, Google memang cukup meluas di serata dunia. Sesiapa sahaja memang mengenali Google.
Selain dari perkhidmatan yang amat meluas, Google juga yang telah dinobatkan sebagai tempat terbaik bekerja dunia sejajar dengan namanya yang telah gah di mata dunia.
Google menyediakan tempat bekerja yang amat selesa dan terbaik demi untuk menjaga kebajikan pekerjanya berada di dalam tahap yang optimum. Bersesuaian dengan perkhidmatan yang meluas untuk memastikan kualiti kerja dan produk-produk Google berada di tahap yang terbaik.
Berikut adalah bukti-bukti di mana ia menunjukkan Google tempat terbaik bekerja dunia.
 |
Kapsul Penghilang Tekanan yang kedap bunyi dan cahaya
|
 |
| Perjalanan dari tingkat ke tingkat bawah yang lebih cepat dan menyeronokan seperti bermain gelongsor |
 |
| Ruang makan yang lebih kemas dan luas. Sekaligus memberikan kepuasan dan keselesaan kepada setiap pekerja Google untuk bebas memilih makanan kegemaran mereka dari barisan makanan dan minuman istimewa yang dihidangkan setiap hari |
 |
| Ruang bekerja juga amat tersusun dan kemas dengan dilengkapi oleh 2 skrin LCD besar untuk setiap pekerja bagi memudahkan proses-proses bekerja |
 |
| Setiap ruang penuh dilengkapi oleh papan putih bagi memudahkan untuk berkongsi idea dan berbincang |
 |
| Ruang kerja juga dilengkapi dengan beberapa peralatan hiburan seperti meja pool, permainan video dan sebagainya bagi memudahkan pekerja berhibur dan menghilangkan rasa stress selepas bekerja. Secara tak langsung, ruangan seperti ini juga mampu membantu mewujudkan silaturrahim yang lebih baik dikalangan setiap pekerja |
 |
| Untuk berkomunikasi dengan lebih privasi, Google telah menyediakan ruangan 'gondola khas' untuk para pekerjanya bagi mengelakkan mereka terganggu ketika berhubung dengan orang tersayang atau bagi mereka yang memerlukan 'private communication' |
 |
| Selain itu, ruangan untuk 'tea-time' juga amat teratur dengan rekabentuk yang menarik dan selesa |
 |
| Ruangan seperti spa juga turut disediakan untuk setiap pekerja yang ingin berehat dan menghilangkan sengal-sengal badan dengan urutan eksklusif oleh tukang urut professional |
 |
| Terdapat juga ruang rehat dan kerusi urut dengan pemandangan akuarium yang mampu mendamai dan menenangkan jiwa |
 |
| Tersedia juga ruangan bilik bacaan yang direka khas mampu memberikan pembacaan yang lebih kondusif |
Setelah apa yang anda lihat, tidak mustahil Google telah dinobatkan sebagai tempat terbaik bekerja dunia. Segala kemudahan dan kelengkapan amat dititikberatkan bagi menjaga kebajikan dan keselesaan para pekerjanya untuk menghasilkan produk-produk dan perkhidmatan yang cemerlang.
*p/s: bila nak dapat tempat kerja yang macam nie...seronoknya bekerja...
0 comments:
Post a Comment